Sunday 13 October 2013

Resipi Satay Ayam


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
 
  • BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
  • BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
  • BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
  • BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi. 
   SAMBUNG BACAAN...


Sunday 6 October 2013

KEGANASAN ANTIISLAM DI MYANMAR: Polis tahan 44 orang di Rakhine



SEBAK DIKUNJUNGI: Gambar fail bertarikh 3 Oktober lalu ini menunjukkan seorang wanita Islam Kaman tidak dapat menahan sebaknya apabila dikunjungi pihak berkuasa Myanmar, yang memberikan bantuan kepada mangsa keganasan antara penganut Buddha dan Islam di kampung Shwehlay, di bandar Thandwe, wilayah Rakhine, di barat Myanmar. - Foto AP
YANGON: Polis Myanmar telah menahan 44 orang yang dikaitkan dengan keganasan anti-Islam yang membawa maut di barat Myanmar, kata pihak media negara itu, semalam.
Ini selepas tercetusnya keganasan terbaru sempena lawatan presiden negara tersebut ke wilayah yang sedang bergolak itu.
Ketegangan yang berlaku selama beberapa hari di bandar Thandwe di wilayah Rakhine bertukar menjadi satu episod pertumpahan darah pada Selasa lalu, dengan sekumpulan perusuh dari kampung-kampun berdekatan menyerbu ke tempat itu dan membakar rumah-rumah serta menyerang penduduk Islam di sana.
Pergolakan itu berterusan pada Rabu lalu, walaupun ketika itu Presiden Thein Sein sedang melakukan lawatannya ke sana dan tinggal semalaman di Thandwe, sebagai sebahagian daripada lawatan pertamanya ke wilayah Rakhine sejak gelombang keganasan agama tercetus di sana pada tahun lalu.
Puluhan orang maut dan puluhan ribu lagi kehilangan rumah mereka dalam pergolakan tersebut.
Akhbar The New Light of Myanmar berkata 42 orang lelaki dan dua orang wanita sedang disoal siasat setelah disyaki terbabit dalam pergolakan antara 29 September lalu dengan 1 Oktober lalu itu.
"Difahamkan bahawa dengan berlakunya rusuhan di Perbandaran Thandwe itu, sebanyak 114 rumah, tiga bangunan agama dan sebuah gudang gasolin telah dibakar, menyebabkan 482 orang kehilangan kediamannya, lima orang maut dan lima lagi cedera," kata laporan bahasa Inggeris akhbar itu.
Menurutnya, "kerja-kerja bantuan" sedang dijalankan di kawasan itu, tetapi tidak mendedahkan butir lanjut mengenai keadaan mereka yang kehilangan rumahnya.
Seorang pegawai polis memberiahu agensi berita AFP bahawa ada orang keenam yang maut akibat serangan jantung semasa pertumpahan darah pada Selasa lalu itu, yang berlaku dekat dengan Pantai Ngapali, sebuah destinasi pelancongan yang popular di wilayah itu.
"Suasananya tenang ketika ini. Kami sedang mengawasi keadaan," katanya lagi.
Sekumpulan perusuh yang terdiri daripada kira-kira 800 orang terbabit dalam peristiwa pertumpahan darah Selasa lalu, kata polis. Seorang wanita berusia 94 tahun adalah antara mereka yang terbunuh.
Apa yang tercetus pada tahun lalu sebagai satu pertempuran kaum antara puak Rakhine beragama Buddha dengan puak Islam Rohingya tidak bernegara, kini seakan-akan merebak dengan golongan minoriti Islam lain yang semakin menjadi sasarannya.
Sekitar 250 orang terbunuh dan lebih 140,000 kehilangan kediamannya dalam beberapa pertempuran antara penganut agama Buddha dan Islam di seluruh negara itu sejak Jun tahun lalu, kebanyakannya di wilayah Rakhine. SAMBUNG BACAAN

Bacaan lain